BERZANJI adalah antara amalan yang
sinonim
diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Hal itu bukanlah sesuatu yang
mengherankan kerana berzanji adalah do'a, puji-pujian dan penceritaan
riwayat
Nabi Muhammad s.a.w.
Selain itu, berzanji juga dianggap
mempunyai nilai kesenian yang amat tinggi mutunya kerap menjadi halua
telinga
dan hiburan semasa majlis perkahwinan, akikah dan berkhatan.
Bagaimanapun, skenarionya kini
dilihat
semakin berubah. Bilangan ahli berzanji semakin berkurangan. Kesannya,
kemerduan
alunan berzanji yang mengajak kita mengingati baginda s.a.w juga semakin
lama
semakin hilang.
Inilah antara kebimbangan kepada
tokoh
berzanji dan juga al-Quran yang disegani, Datuk Hassan Azhari. Malah
katanya,
dakwaan sesetengah pihak yang amalan berzanji sebagai bidaah adalah
antara pasca
hilangnya minat masyarakat terhadap perkara tersebut.
“Saya tidak nampak di mana
bidaahnya
kerana saya menganggap amalan ini sebagai antara syariat Islam. Sebabnya
dalam
berzanji kita mengingat, berselawat dan memuji Rasulullah,” katanya
dalam
pertemuan dengan MEGA, baru-baru ini.
Dalam Islam, kita disuruh supaya
berselawat ke atas nabi malah ada hadis yang bermaksud, “Barang siapa
yang
berselawat ke atas ku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya 10 kali.
Menurut Sufyan at-Thauri,
berselawat Allah
bermaksud keampunan Allah kepada hamba-Nya.
Hassan berkata, walaupun bidaah
adalah
mengadakan sesuatu dalam agama yang tidak ada dalam zaman Nabi Muhammad,
tetapi
ia mempunyai beberapa jenis kategori seperti bidaah hasanah (baik) dan
bidaah
dalalah (haram).
Katanya, berzanji tergolong dalam
bidaah
hasanah iaitu bidaah mubah, boleh diamalkan atau sebaliknya.
Malah, menurut beliau, jika
berdasarkan
pemikiran yang sempit, usaha pengumpulan al-Quran oleh Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq
yang kemudiannya disempurnakan dalam bentuk mushaf pada zaman Khalifah
Usman ibn
Affan juga boleh dianggap bidaah.
“Ia dikategorikan sebagai bidaah
wajib
kerana jika usaha itu tidak dilakukan dikhuatiri umat Islam yang
terkemudian
tidak lagi mengenali al-Quran. Sebabnya pada ketika itu ramai huffaz
yang syahid
dalam peperangan,” jelasnya.
Hassan menambah, berzanji sudah
bertapak
di negara ini sejak lebih 100 tahun lalu. Antara ahli berzanji yang
masyhur
ialah Haji Sulaiman Johor, Haji Khaled, Haji Walid, Shafie Kati di
Selangor dan
di Singapura, Haji Yusof.
Kemasyhuran berzanji ini bukan
sahaja
meliputi negara rantau Asean tetapi juga di Mekah. Antara tokohnya ialah
Hassan
Jawah, Umar Arbaien dan Abu Samad Jambi.
“Bagaimanapun, sebahagian besar
ahli-ahli
berzanji itu sudah meninggal dunia dan masih belum ada pengganti,”
katanya yang
turut memperdengarkan bacaan rawi dengan gabungan lagu rakbi dan hijaz.
Hassan berkata, antara lagu Hijazi
dalam
berzanji yang popular ialah banjaka, husaini, mayah, ras atau rakbi,
jaharka,
sikah dan dukah. Lagu-lagu Masri pula ialah soba, nahwand, ‘ajam,
bayati, sika,
dukah dan hijaz.
Kata beliau, semasa membacanya, ia
mempunyai lagu jawab. Contohnya, rakbi lawannya hijaz, husaini lawannya
dukah
dan jaharkah lawannya ‘usyak.
“Kebolehan menguasai lagu-lagu ini
membuatkan pendengar menjadi asyik. Sebab itu dalam majlis-majlis
berzanji ia
selalunya berlangsung selepas isyak sehinggalah pukul 12 tengah malam.
“Apa tidaknya, antara sirah yang
terkandung dalam berzanji ialah yang menceritakan bahawa Rasulullah
adalah
seorang pemalu, yang menjahit sendiri baju dan kasut baginda serta
memerah susu
sendiri,” katanya.
Dari segi bacaan, yang
dipentingkan dalam
berzanji ialah makhraj huruf dan bukannya tajwid sebagaimana dalam
membaca al-Quran.
Bagaimanapun, mereka yang fasih dalam tajwid juga mempunyai kelebihan
kerana
dapat melagukan bacaan dengan baik di tempat yang dengung dan mad
(panjang)
serta mengetahui tempat-tempat idgham, izhar dan sebagainya.
Justeru, kata Hassan, adalah
penting untuk
menggabungkan tenaga kepakaran berzanji yang ada dibuat segera jika
masyarakat
mahu memastikan berzanji tidak berkubur.
“Kita boleh menghimpunkan
ahli-ahli
berzanji untuk menghidup dan menyemarakkan semula amalan ini serta
menyusun
modul khusus bagi melatih mereka yang berminat dalam seni ini,” jelas
beliau.
Berzanji atau barzanji
menceritakan
kehidupan Nabi Muhammad yang disebutkan secara berturutan mengenai
salasilah
keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat
menjadi rasul.
Di dalamnya juga mengisahkan
sifat-sifat
mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta pelbagai peristiwa untuk
dijadikan
teladan umat manusia.
0 komentar:
Posting Komentar